Wednesday, 21 January 2015

Sejarah Penubuhan Syarikat Cabletronic


         Kami telah memulakan perniaagan pada 14-10-1992 sebagai pembekal dan penjual barang-barang alat tulis serta buku-buku sekolah diatas syarikat bernama Jay - Jay Enterprise.     

            5 tahun kemudian iaitu pada 12-05-1997, kami telah berkembang dengan pesat dan mencuba untuk meneroka perniagaan pendidikan dengan   menubuhkan syarikat bernama Pusat Tutor Utama TTJ yang berkonsepkan pusat tusyen, pembelajaran dengan penyediaan. Kelas bertumpukan kepada pelajar-pelajar sekolah yang masih ditahap tahun 5 hinggalah ke tingkatan 3. Kami juga menyediakan kelas-kelas komputer termasuklah kepada para pelajar sekolah serta orang dewasa. Kebanyakan para pelajar sekolah yang turut mengikuti kelas kami adalah pelejar-pelajar yang menduduki peperiksaan penilaian seperti UPSR, PMR dan SPM. Manakala  pelajar dewasa adalah daripada para pekerja kilang perindustrian di senawang seperti kilang Yano, Samsung, Motorola dan sebagainya. Setakat ini lebih 3000 pelajar telah berjaya menamatkan kelas tusyen mereka bersama kami dan dijangka akan terus meningkat bilangannya kerana kami masih terus mengadakan kelas komputer seperti biasa dari masa ke semasa. Kami juga mengadakan kelas komputer kepada golongan belia serta warga emas mengikut tahap dan kesesuaian masing-masing.    

               Selepas itu kami telah mengorak langkah lebih pesat lagi dengan menubuhkan syarikat baru bernama Cabletronic Sales and Services pada 19-07-1998 yang membekalkan serta menawarkan perkhidmatan berkaitan dengan alat-alat ganti komputer, membaik pulih, penjualan komputer baru dan lama. Perniagaan kami yang baru inilah mula menjadi teras utama kepada perkembangan syarikat kami selain daripada pusat tusyen yang sedia ada yang kami tawarkan.   

         Setelah syarikat Cabletronic Sales and Services berkembang denga pesat serta menerima sambutan yang sangat baik daripada para pelanggan, kami telah menubuhkan sebuah lagi syarikat cawangan baru yang bernama Cabletronic Computers pada 01 Mac 2010 dengan menawarkan penambahan perkhidmatan sekuriti seperti CCTV, Sistem Alarm dan juga Door Access. Kami juga menyediakan Bilik Mesyuarat dilengkapi sepenuhnya dengan perkhidmatan Komputer, Internet, Projektor dan juga sistem bunyi (sound system). Berdasarkan prestasi kedua syarikat, kami telah merancang ingin menubuhkan beberapa cawangan yang baru sebagai memantapkan lagi empayar yang sedia ada dan memenuhi permintaan pelanggan di sekitar Seremban malahan Negeri Sembilan.               

No comments:

Post a Comment